Maklumat Penanaman Hibiscus Luna

Hibiscus Luna

Hibiscus moscheutos

Tidak Perlu Memetik Untuk Tanaman Yang Besar, Padat & Bercabang Baik!

  • Jimatkan masa dan wang sambil menghasilkan tanaman yang impresif dengan tarikan yang besar! Hibiscus Luna bercabang lebih banyak dari variasi benih dan vegetatif yang lain dalam pasaran, tanpa perlu dipetik.
  • Dalam bedding, Luna memberikan pemandangan yang menarik, menghasilkan pagar mini yang kemas dengan banyak bunga yang besar dan menambat hati. Ketinggian dalam taman adalah di antara 2 hingga 3 kaki (60 hingga 90 cm); sebaran adalah kira-kira 2 kaki (60 cm)
  • Juga amat menarik dalam bekas yang besar!
  • Masa penanaman yang pendek - 13 hingga 14 minggu dari biji benih semasa musim panas, 16 minggu semasa musim bunga
  • Amat responsif terhadap growth regulator.
  • Pilihan untuk Cuaca Panas! Hibiscus Luna yang amat menggemari keadaan yang panas amat tahan kemarau dalam taman sebaik sahaja ianya tumbuh sehingga dewasa.
  • Amat tahan dalam Zon Hardiness USDA 5. Tanaman akan layu sepenuhnya, dan tidak akan mula tumbuh sehingga lewat bulan Mei apabila tanah mula menjadi hangat. Tanaman yang terdedah kepada musim sejuk yang keterlaluan akan mula berbunga dari pertengahan bulan Julai, dengan bunga yang akan berkurangan dalam cuaca musim luruh yang lebih dingin.
  • Tanaman pelbagai kegunaan yang sesuai untuk program annual, perennial dan nurseri.

Percambahan
Media

Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit dan tidak bertanah dengan pH di antara 5.5 hingga 6.3 dan caj pendahuluan nutrien media (EC 0.75 mmhos/cm dengan ekstrak 1:2).

Saiz Dulang Semaian
Saiz dulang semaian yang disarankan adalah sel 200 atau yang lebih besar

Semaian
Tutup biji benih dengan media semaian. Biji benih boleh bercambah dalam pondok percambahan atau terus di ata rak. Apabila diletakkan dalam pondok percambahan, dulang semaian perlukan dipindahkan keluar segera sebaik sahaja radikel muncul supaya regangan anak benih dapat dielakkan.

Suhu
Benih akan bercambah pada suhu 68 hingga 75°F (20 hingga 24°C). Percambahan akan menjadi lebih perlahan tetapi lebih seragam pada rangkaian suhu yang lebih rendah.

Kelembapan
Selagi tanah dikekalkan kelembapannya, kelembapan udara yang tinggi adalah tidak perlu bagi percambahan.

Cahaya
Cahaya adalah tidak perlu bagi Peringkat 1.

Penghasilan Anak Benih
Suhu

Kekalkan suhu persekitaran di antara 68 hingga 75°F (20 hingga 24°C) dan suhu tanah di antara 68 hingga 70°F (20 hingga 21°C) dari percambahan sehingga pemindahan.

Cahaya
Cahaya tambahan adalah tidak perlu, tetapi ianya dapat mengurangkan masa penanaman.

Baja
Pada masa radikel muncul, bubuh 50 hingga 75 ppm N. Tingkatkan sehingga 100 to 150 ppm N selepas daun mula tumbuh.

Kelembapan
Pastikan kelembapan pada tanah adalah seragam. Jangan biarkan anak benih layu.

Penggunaan Growth Regulator
Semburan Cycocel pada kadar 300 ppm boleh digunakan 10 hari selepas semaian, jika perlu. Rawatan ini akan mengurangkan ketinggian tanaman pada kadar kira-kira 50% dan menjadikan daun lebih gelap berbanding dengan tanaman yang tidak dirawat. (Kadar Eropah: 0.4ml/1, 75% a.i.)

Pertumbuhan Sehingga Dewasa
Saiz Bekas

Hibiscus Luna amat sesuai untuk ditanam dalam kuart, gelen atau bekas yang lebih besar (15 cm atau lebih besar). Untuk kuart dan bekas gelen (15-19 cm), gunakan 1 tanaman untuk setiap pasu. Untuk bekas yang lebih besar (>19 cm), gunakan 1 hingga 3 tanaman untuk setiap pasu.

Media
Gunakan media yang bebas dari penyakit, berdasarkan peat dan tidak bertanah dengan pH di antara 6.0 hingga 6.5 dan caj pendahuluan nutrien media (EC 0.75 mmhos/cm dengan ekstrak 1:2). Campuran nurseri yang mengandungi tanah boleh juga digunakan, tetapi tambahan masa penanaman selama 1 minggu akan berlau dan daun hijau akan menjadi lebih gelap.

Suhu
Siang: 70 hingga 85°F (21 hingga 30°C)
Malam: 65 hingga 70°F (18 hingga 21°C)
Keadaan pertumbuhan yang lebih panas akan mengurangkan masa penanaman. Elakkan suhu purata harian dari jatuh di bawah 68°F (20°C). Tanaman boleh menjadi lemah dan sensitif terhadap semburan pestisid (phytotoxicity) apabila tumbuh dalam keadaan yang lebih dingin.

Cahaya
Kekalkan kadar cahaya setinggi mungkin. Tanaman tumbuh dengan baik dalam keadaan di mana cahaya matahari adalah penuh. Jarakkan tanaman supaya cahaya dapat mencapai bahagian basal. Ini akan membolehkan percabangan yang lebih baik.

Fotoperiod
Hibiscus Luna memerlukan sekurang-kurangnya 12 jam masa siang untuk berbunga. Pembungaan akan menjadi lebih awal apabila masa siang adalah 14 jam atau lebih lama. Cahaya tambahan boleh juga digunakan semasa masa siang yang pendek.

Penyiraman
Kekalkan kelembapan pada media dari lembap hingga basah. Kelembapan tanah yang konsisten adalah penting bagi mengelakkan tanaman dari menjadi layu. Pertumbuhan dalam keadaan yang terlalu kering akan menyebabkan keguguran putik bunga.

Pembajaan
Bubuh baja setiap minggu dengan 200 hingga 250 ppm N dalam baja yang lengkap.

Petikan
Petikan adalah tidak disarankan. Hibiscus Luna bercabang secara semulajadi tanpa perlu dipetik. Percabangan yang terbaik akan berlaku apabila tanaman dijarakkan apabila daun mencapai tepi pasu.

Penggunaan Growth Regulator
Tangki dengan campuran Cycocel pada 750 hingga 1,000 ppm dan B-Nine pada 2,500 ppm telah diuji dalam iklim yang berlainan di Amerika Syarikat dan telah terbukti efektif. Gunakan growth regulator 2 minggu selepas pemindahan. Ulangi aplikasi 2 minggu kemudian jika perlu.
Rawatan pilihan: Rendaman dalam Bonzi pada kadar yang sangat rendah iaitu 0.25-0.5 ppm dengan aplikasi beberapa kali (2 hingga 3 kali) juga adalah efektif. Berhati-hati semasa menggunakan rendaman Bonzi kerana ianya senang membantutkan pertumbuhan tanaman, khususnya untuk penanam di bahagian utara yang sejuk.
Jika anda menanam dalam campuran nurseri yang mempunyai tanah, anda mungkin memerlukan growth regulator yang kurang. 1 aplikasi 3 hingga 4 minggu selepas pemindahan mungkin telah mencukupi.

Penggunaan Growth Regulator untuk Utara Eropah: Semburan mingguan dengan kepekatan Cycocel yang rendah (0.5ml/1, 75% a.i.) telah diuji dan menunjukkan kesan yang efektif di Risjenhout, Netherlands. Jika tanah mempunyai tambahan tanah liat, ianya mungkin boleh dijadikan sebagai alternatif bagi penggunaan growth regulator. Untuk menentukan kadar yang terbaik bagi keadaan anda, kami menyarankan supaya anda menjalankan sesi percubaan di kawasan anda.

Masalah Lazim
Serangga: Thrips, aphids, hama labah-labah.
Penyakit: Tiada masalah yang serius.

Tip Penanaman
Tanaman Hibiscus Luna diletakkan pada kawasan dengan cahaya matahari yang penuh (sekurang-kurangnya 6 jam dengan matahari langsung). Hibiscus Luna boleh ditanam pada tempat berdekatan dengan kolam atau taman air. Ianya juga boleh menahan keadaan yang kering sebaik sahaja ianya tumbuh dengan kuat. Apabila ditanam dalam barisan, Hibiscus Luna akan menjadi pagar dengan ketinggian 2 hingga 3 kaki (60 hingga 90 cm) dan lebih kurang 2 kaki (60 cm) lebar. Hibiscus Luna boleh juga ditanam dalam bekas untuk patio yang besar. Anda perlu menyiram dan membubuh baja dengan kerap, menggunakan baja lengkap untuk hasil yang terbaik. Jika daunnya berubah menjadi hijau cerah, ia menunjukkan bahawa tanaman itu memerlukan baja. Hibiscus Luna adalah perennial kepada Zon Hardiness USDA 5. Tanaman akan layu sepenuhnya semasa musim sejuk, dan selalunya tidak akan mula tumbuh sehingga lewat bulan Mei apabila tanah menjadi hangat. Tanaman yang berada dalam keadaan musim sejuk yang terlampau akan berbunga mulai dari pertengahan bulan Julai, dengan pembungaan yang kurang dalam keadaan musim luruh yang lebih dingin.